Terima kasih kepada semua warga SMKIS terutamanya pegawai Sains unit ko-akademik, para pentadbir, rakan guru, pembantu makmal, ibu bapa pelajar dan keluarga saya serta semua warga SMKIS yang banyak memberikan sokongan, idea, masa, tenaga dan kewangan.
Walaupun pasukan ECOSIS tidak meraih sebarang kemenangan dalam kategori ini, namun kontijen negeri Melaka menjadi JOHAN KESELURUHAN. Tahniah semua....
Namun kami merasa sangat berpuashati kerana mendapat pendedahan yang banyak dalam menyediakan sebuah dapur solar yang berkesan. Semoga pasukan dari SMKIS akan berjaya mewakili negeri Melaka pada tahun hadapan, InsyaAllah.